Pussy.
Aku ada pussy. Aku tau. Hehehehe. Tapi ni semua salah media barat yang memanipulasikan perkataan pussy. Tapi aku secara ikhlasnya menujukan pussy ini kepada kucing-kucing-kucing aku.
Nabi Muhammad ﷺ sampai gunting sejadah supaya kucing dia tak terbangun, weyh. Tapi, kau kalau basuh tangan kat singki, nampak kucing kat kaki kau renjis-r renjis air kat dia kan, hahahahaahha, sama lah. Akhir zaman betul. Aku pun pantang jugak kalau nampak kucing aku tidur sedap kaki kat atas, aku terus ambik, gomol2. \\Tabiat aku ialah suka meletakkan kucing di dalam baju sebagai sumber haba. SAVAGE af.
Aku seriously sayang kucing. Kucing-kucing ni (yang jantan), dah macam pakwe dah aku layan. Kiranya aku cam cat lady la. LOL. Kucing-kucing ni semua berasal dari keturunan yang aku kutip kat Pantai Morib. Hasil daripada hubungan incest sesama adik beradik, beranak pinaklah generasi kucing warna coklat + hitam berbelang-belang. \\Ayah aku panggil kucing kaum mamak
Pada bulan November yang lepas, aku ada 9 ekor kucing kat rumah, dalam kurungan ialah nama diorang:
1 kucing buta lelaki (Harimau)
1 kucing lelaki bapok (Abang)
Ibu kepada dua2 kucing lelaki di atas (Mak)
2 kucing pendatang, jantan dan betina (Pendatang Wanita & Pendatang Lelaki)
1 kucing pendatang jugak, baka grumpy cat (Guacamole)
4 anak-anak beliau berusia 1 bulan (Baby- Semua aku panggil Baby)
Harimau Si Buta |
Abang - Paling mak aku suka no.2 |
Mak - Paling mak aku suka no.1 |
Guacamole |
Aku tak ambik gambar dua kucing pendatang dgn anak2 Guacamole. Bagaimanapun, time aku tulis entry ni (26. December 2015) Guacamole, 3 anak beliau dan pendatang lelaki telah pergi dijemput Rahmatullah akibat wabak Feline Parvovirus. 5 sekali mati pada hari yang berturut-turut. So, daripada 10, sekarang tinggal 5. Anak Guacamole yang tinggal pun masih baby sangat, pun macam dah kurang harapan dah. Hari-hari aku paksa minum air susu and air gula, sebab dia dah tak selera nak makan. Maybe rindu arwah maknya.
Berbalik kepada Harimau. Aku kadang2 menyamakan Harimau macam manusia dah. En. Harimau, hari-hari mau. Ini cara psychology aku untuk deny perasaan nak bercouple-couple sesama manusia. Supaya aku tak jealous dgn kawan2 yang macam trendy berpakwe. Aku macam fikir, well.. Aku ada En. Harimau yang bagi sumber haba, dengar masalah (though aku selalu luah masalah samada kat Aton or Capek kat IM, LOL) and selalu ada bila aku nak, bukannya datang dekat aku bila dalam masalah or takde duit je. Well, Kucing ni bukannya boleh menipu and memanipulasi kawan macam manusia. Pffftt.
Harimau ni dulunya kucing aku yang paling liar, aku bajet Harimau ni macam character Ali Setan (though aku tak pernah tengok, HAHAHAHHA) asyik hilang pergi rumah jiran buat seks dengan kucing gadis kampung, gejala tak bermoral seperti makan anak-anak rabbit aku, bergaduh dengan pemuda kucing kampung yang lain. Jiran-jiran aku pun dah kenal dengan Harimau. Sampailah pada Mac 2015 yang lepas. Ada satu kemalangan berlaku dekat Harimau time beliau nak melintas jalan. Dia kena langgar kereta. Kepala dia rosak teruk. Tapi masih bernyawa la. Fishy life, iaitu nyawa ikan.
Tulang rahang patah kanan kiri, mata yang korang nampak tu asalnya dah terkeluar dari soket mata. Tapi ditekan masuk balik, tapi longgar. |
Accident ni berlaku pada waktu pagi, dalam pukul 7. Aku yang tak mandi bersama-sama adik lelaki aku, Amrul Hasan telah bergegas ke Hospital Haiwan. Dengan RM180, akhirnya Harimau dapat di settlekan. Mata yang cuba ditekan kedalam tu akhirnya terkeluar balik dan mereput kat luar lalu tertanggal sendiri. Manakala mata sebelah lagi tu memang buta sebab kesan daripada eksiden kat otak Harimau punya saraf mata. Ulang-alik hospital haiwan dengan kos tambahan dalam RM200 lagi. Dua bulan aku habiskan untuk rawat Harimau ni, first-first dia tak dapat terima hakikat dia dah buta, lari sana sini and langgar sangkar laju-laju sambil menangis jerit-jerit bahasa kucing. Tak mahu makan supaya mati and aku force-feed dia dengan air gula, susu dan air rebusan ikan. Sadis and sedih. Sekarang Harimau dah berat sebanyak 4.4 Kilogram, sihat dan gembira bak Safiq Rahim. Sebab tu lah aku sayang beliau. Aku rasa inilah sebahagian pengorbanan yang isteri sanggup buat untuk suaminya. (?)
Walaupun ada perempuan yang tak suka kucing, tetapi perempuan yang tak suka kucing sangat respek akan lelaki yang suka belai-belai kucing. Sebab secara psychology dah symbolize yang lelaki tu seorang yang penyayang. Pergh. Pregnant aku tengok. Hahahahah.
Straight away, ovary explode. |
Okay. Bye. Happy Birthday Aan.