I'm in tough days





January sumpah sibuk gila kat Corporate Marketing Department, banyak gila request design dari Singapore, Thailand, nak buat exhibition itu, nak buat photograph session untuk plastic and polymer lah..itu, ini.

Itu menyebabkan aku stay lama dekat office dan dah lama tak update blog. So, aku briefkan apa yang telah terjadi pada aku dua minggu ni.

1. Aku dah tak jadi / more to tak sempat nak beli hybrid car

Well, tho aku dah simpan 13% deposit untuk Jazz Hybrid, malangnya, kereta kancil kesayangan aku telah mengalami kerosakan besar Sabtu lepas. Aku telah tukar gearbox, dry shaft semua, semuanya bernilai 1.2K. Bayangkan setiap bulan aku spend 120-360 ringgit untuk repair. Sekarang aku tengah pinjam kereta kawan. Memang sadis. So, aku mesti beli kereta baru dalam masa terdekat ni. Aku sebenarnya ingat nak bertahan 2-3 tahun sebelum aku sempat ada deposite 50% untuk Jazz. Tapi aku mmg perlu sangat2 cepat. So, beli jelah yang lagi murah. Hasil perbincangan dengan pakar ekonomi terkemuka Malaysia (tipu), aku memutuskan untuk guna loan instead of cash. Sebab duit lebihan tu boleh diinvest.


2. So, kereta aku lepas ni ialah Axia. Hmmmm..

Aku cuma nak jimat. Ada dua kereta dalam final thought aku, Iriz and Axia. Dua2 bawah 40K. Iriz selesa, Axia jimat. So, aku straight away pilih axia. lol. Sebab setiap hari aku travel 100km nak pergi kerja. Aku dah email and whatsapp orang nye tapi tak reply2 lagi, chis.


3. Bagaimana dengan diet kau?

Aku ingat nak istiqamah tak makan nasi, tapi, semenjak semua adik2 aku dah masuk hostel and aku sorang je kat rumah (Anak Tunggal), mak aku selalu eksen kat aku dengan memasak sedap2. Aku tak nak lah jadi anak yang derhaka. So, Sabtu and Ahad lepas aku dah makan nasi. Tapi minggu ni since Isnin belum lagi!


Lapar doohhh~



4. Cerita baru ada?

Ada, kat sini aku ada kawan tingkat bawah, selalu lepak kat surau, designer kerja dia, perempuan 29 tahun tapi muka cam kanak2 lagi. Aku lagi matang. Pfft. Suami dia lead animator kat Upin dan Ipin. Anak dah satu, 10 bulan. Dia telah menasihati aku bahawa suami animator agak payah. Isteri kena kerja office hours yg tepat and tak boleh overtime. Suami habiskan masa kat studio and hanya jumpa anak time malam. Kesimpulannya, aku nak jadi suri rumah kalau boleh. Itu je, kbye.