Rumah Separa Kontena dan Kereta Hybrid.
Itu ialah cita-cita long term dan short term aku. Kereta hybrid by tahun 2017-2018, dan rumah by tahun 2025. Ini ialah goal aku setakat ini. Kahwin? Hahahaha, maybe tahun 2018. Dengan siapa? Aku pun tak tahu and tak kisah! Hahahha (Asalkan rumah mak bapak dia sekitar Putrajaya, Nilai, Dengkil, Banting atau Seremban - faktor ekonomi untuk balik kampung dan tidak bergaduh untuk balik raya)
Rumah Separa Kontena atas Tanah Sendiri
Ini semestinya bukan rumah pertama aku, aku just dah survey harga-harga tanah kat sini (area Kuala Langat) paling murah ialah 30K untuk satu ekar (area dalam-dalam) dan tepi jalan 80K. Tanah sendiri ni asalnya aku nak guna duit aku 100%, tapi mungkin nanti bila aku dah kahwin, suami nak share funding ke.. well, untuk anak2 jugak. Cheh.
Kenapa rumah kontena, adakah Cik Aan terpengaruh dengan rumah kontena pertama malaysia tu ke? Tak, serious first time aku fikir idea ni bila tengok Cabin pekerja binaan Indonesia 2-3 tahun lepas, masa tu blom ada pun rumah kontena biru tu. Pastu aku google and nampak banyak lagi kat Pinterest. Perghhh.. Aku dah fikir dah nak buat rumah minimal, dengan interior Scandinavian-style. Luar cat kuning, hijau cam Brazil, dalam putih and simple. Luar nak tanam segala jenis pokok buah dan bunga matahari. Belakang rumah nak tanam kacang panjang, cili, limau kasturi, limau purut untuk daun tomyam dengan serai. Perghh. Sebab tu lah aku nak tanah sendiri. Even kat luar bilik aku rumah Tali Air ni pun aku tanam dua jenis jambu batu dengan Basil Leaf untuk aku masak-masak ala Masterchef. Rumah separa kontena bermaksud, aku akan tambah concrete untuk besarkan ruang dalam rumah. Kontena aku gunakan sebagai base untuk shape.
Bagaimana Cik Aan nak jimatkan kos pembinaan? Aku akan beli direct, used container. Buat pengetahuan anda, setiap hari, akan ada container trailer yang masuk warehouse Behn Meyer belakang office. Kat situlah aku akan tanya diorang, nak nombor manager. Lol. Architect? Contractor? Hahahahah. First aku akan buat 3D modelling sendiri. Well, aku Aan. Hahahahahahah. Pastu aku akan rujuk kawan aku, Maziatun Nabila Al-Khomro? (Al-khomro tu extension name tambahan yg aku reka ketika aku bodoh time smk banting)Nurul Nabila Osmania pun ada juga. Sebab beliau belajar basic architecture, so, soal barang estimation, plan semua aku akan commission dia. Contractor aku dah ada. Dan..dan kalau boleh future husband (yg aku tak tau siapa dia, LOL, berani mati ni) tau jugak basic construction and pandai urus scaffolding, cementing dan urus contractor tu. Cat mengecat biar aku buat sendiri. Aku pernah parttime jadi tukang cat bangku. Malah, bilik tidur first aku pun aku cat sendiri.
Sangat..sangat nak. |
Namun begitu, sekiranya Jibby masih memerintah, dan harga barang semakin mahal. Yang kecik pun boleh lah. Untuk January 2016, Harga Container 20' ialah dalam anggaran RM4.8K-5.3K dan 40' ialah dalam anggaran RM6.5K-7K.
(Apasal korang masih tanda BN dalam pilihan raya?!)
Just nice |
Owhh yeah |
Kereta Hybrid
Ini ialah short term goal aku untuk tahun depan. Kutipan duit sekarang ialah RM18K dah ready. Tapi lebih daripada separuh amount tersebut ada kat Tabung Haji. Aku akan rasa bersalah untuk keluarkan. Haji kot, Rukun Islam. Tapi, kerana fikirkan aku anak sulung yang bertanggungjawab. Cheh. Aku kena buat sesuatu agar family kitorang boleh turut serta hari keluarga yang jauh2. Kereta-kereta kat rumah aku dah uzur. Macam ni, policy kat rumah aku ialah jangan berhutang. So, semua kenderaan kat rumah ialah cash, proton saga, kancil, van toyota dan motor. Semua cash.
Aku je yang ada hutang PTPTN. Itu pun mak aku nak bayarkan, tapi takkan lah aku duduk goyang kaki. Serious aku akan bayar at least separuh. Berbalik kepada kereta hybrid. Kenapa aku nak beli kereta hybrid? Ini semua sebab Najib. Aku kena jimatkan cost minyak. Pergi kerja untuk cari duit, tapi dapat duit untuk beli petrol untuk pergi kerja. Fucked Up.
Aku nak beli Honda Jazz Hybrid Manual.
Setelah memandu kereta auto dua tahun lepas, aku perasan ialah aku tak boleh control laju yang aku nak dengan sesuka hati, speed pickup pun tak se-smooth kereta manual. Manual transmission car juga adalah manly dan macho, selain maintenance juga berpatutan. (Ini soal ekonomi berkeluarga!!)
Harga sekarang, first hand ialah RM73K. Secondhand tahun 2013-2015 berharga dalam lingkungan RM58K-62K. Itu harga tahun ni. Maybe 2017, harga dia akan drop lagi. Heheheheh. Bagi setiap 100km hanya guna 4.5lt petrol (RM9.45). So pergi Johor, macam RM30 lebih kurang lah. (Ini soal ekonomi berkeluarga!!)
Sebab kuning dengan hijau dengan coklat ialah warna kegemaran. |
Macam ni, aku at least akan simpan 500 setiap bulan, dengan freelance untuk downpayment. Aku estimate yang aku kan bayar 30K untuk downpayment. Dan selebihnya aku bayar dalam tempoh 3 tahun. (clap). InsyaAllah. Niat aku ialah, belakang kereta ni cam besar and boleh muatkan 4 orang, Ayah, Mama, Ainan, Amrul. Adilah yang gemuk duduk depan. Bagus. Tak payahlah family aku beli kereta lain.
Okay.