Plot: Aku tak boleh tidur
Dah pukul 3:25 pagi and aku tak boleh tidur. So, Aku decide untuk post entry ni, yang aku type dengan handphone Moto G aku yang kecil.
Plot. Aku ada banyak plot jump dalam kepala aku ni. Most of the time, kalau aku alone kat mana-mana, otak aku akan sibuk buat narration yang bermula dengan ayat-ayat gempak (lol, gempak bagi aku lah, sebab aku senang excited).
"Cuma tinggal kita berdua je dalam ni. Aku ada kau, kau ada aku. Sebab aku lebih tua, aku akan lindungi kau, lebih daripada nyawa aku sendiri. Aku dah pergi terlalu jauh dalam dendam. Dah terlambat untuk aku patah balik. Jangan jadi macam aku, aku nak kau selamat"
Plot 2: The Postman. |
"Mesti kau cuak kan? Tengok posmen macam aku ni berdarah-darah depan pintu. Aku dah cakap hari tu, aku bukan posmen biasa. Kau tak percaya. Biar aku ulang, akulah sebenarnya 'barang' yang orang post untuk lenyapkan orang. Itu analognya, kalau kau faham lah.."
"Dalam CD tu cuma ada video ayah aku, mak aku dengan pistol sebelah kepala diorang. Lelaki tinggi, topeng hitam ugut aku. 'Play the game, or we play with your loved ones life'. Dah dua hari aku lost contact dengan family aku kat Dubai. Aku risau gila. Nak tak nak, aku kena main jugak."
Plot 4: I am |
"Aku perempuan typical yang hidup independent, sendiri. Hidup aku tak complicated. Walaupun aku cuma ada dua tahun memori sepanjang aku hidup. Malas aku nak ambik kisah hidup sebelum amnesia aku. Sampailah hari yang aku perasan selama ni aku tak sendiri. Diorang ikut aku. Lagi teruk, aku sebahagian dari diorang."
"Kawan-kawan panggil aku lelaki winter. Pffft. Sebab Aku pakai muffler scarf hampir setiap hari, tak pun aku sarung hoodie. Aku tahu suhu negara kita ni suam-suam kuku. Aku bukan budget oversea. Aku cuma tak mahu rahsia aku ni kantoi. Hahahah. Aku confirm kalau diorang nampak port hole ni kat leher aku, diorang mesti doubt aku manusia betul ke tak. The truth is aku pun macam korang semua, except ada port USB kat sini."
"Epinephrine and Morphine. Part-time job aku ni terlalu risky. And organization ada alasan sendiri kenapa diorang tak boleh cover aku dengan insurance. Setiap kali mission aku akan bawak dua benda ni. My body is my weapon. Bila aku cedera aku kena pandai mend sendiri. Paling biasa, gunshot wound and knife wound. Aku tak boleh biarkan rasa sakit slow down aku. Itu fungsi Morphine. Buat aku lagi buas, animal yang lebih tolerable dengan rasa sakit. And bila kau hilang banyak sangat darah, and kau start losing control, kau perlukan Epi. Untuk start up balik homeostasis. At least kau akan dapat 15-30 minit masa untuk settlekan mission kau. Tu pun kalau sempat. Sigh."