Kenapa Anda Merosakkan Kebahagiaan Diri Anda Sendiri?

Blog post kali ini aku akan gunakan bahasa Melayu kerana bahasa ni ialah bahasa yang lebih tajam dan keras daripada bahasa Inggeris.


Hidup adalah pilihan. Kebahagiaan juga adalah pilihan. 

 

Kalau kau rasa persekitaran kau tidak memberi ketenangan, pindah saja tempat lain. Stress bekerja di syarikat A? Berhenti kerja, kerja di tempat lain. Kebahagian juga lagi senang dicapai kalau kau mempunyai kuasa, wang dan ilmu. 


Contohnya, kau seorang majikan, kau ada pekerja yang bermasalah. Wajar ke kau masih menggaji pekerja yang bermasalah tu, hadap perangai dia bertahun-tahun, mengeluh disebabkan pekerja tu bertahun-tahun. Sedangkan kau ada pilihan. Kau boleh sahaja berhentikan dia. Tapi, kau lebih suka pilihan untuk tidak bahagia. Kau pun tahu kan? Kau dah mengata, cakap belakang pasal pekerja kau tu bertahun-tahun. Dosa percuma. Orang lain yang terpaksa dengar pun dapat dosa percuma.


'Tapi kasihan lah..'


Kasihani diri sendiri dulu daripada sibuk mengasihani orang lain. Jangan banyak alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bagi rezeki tu tugas Allah. Kalau orang tu betul-betul nak, dia akan berusaha cari.


Aku pun kasihan pada orang walaupun orang tak kasihan pada aku. Lumrah. Dunia mana pernah adil. Nak adil tunggu dulu bila kau dah di alam lain. Tuhan pun cakap dunia ni ujian dahulu. Oleh itu, semua orang ada pilihan. Mungkin ada harga yang kau kena bayar untuk sesebuah pilihan yang kau rasa mungkin lebih baik. Tapi macam apa yang aku tulis tadi, nak seribu daya.


Hidup terlalu singkat untuk kau mengeluh.